NASIONALISME
MAKSUD NASIONALISME Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.Selain itu, nasionalisme juga bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Terdapat 3 contoh nasionalisme antiraja antaranya ialah Revolusi Keagungan di England, Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika.Revolusi Keagungan di Eropah disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.Revolusi ini tercetus berikutan pemerintahan Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.Peristiwa ini dikenali sebagai ...