NASIONALISME
MAKSUD NASIONALISME
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.Selain itu, nasionalisme juga bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT
Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Terdapat 3 contoh nasionalisme antiraja antaranya ialah Revolusi Keagungan di England, Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika.Revolusi Keagungan di Eropah disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.Revolusi ini tercetus berikutan pemerintahan Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah.Seterusnya,Revolusi Amereka merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British.Penetangan ini disebabkan oleh tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British. Di samping itu, Revolusi Perancis pula tercetus daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Rousseau dan Voltaire.Rousseau telah menulis The Social Contract yang mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.Menurut Rousseau,kedaulatan suara rakyat lebih tinggi dan penting daripada institusi raja dan birokrasi.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA
Perkembangan nasionalisme di Asia merupakan kesinambungan idea nasionalisme di Barat kesan daripada pertembungan yang berlaku dengan bangsa Eropah.Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia telah mencetuskan kebangkitan nasionalisme.Antaranya ialah nasionalisme di India.Nasionalisme di India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialism British.Nasionalisme awal bercorak gerakan yang memberikan perhatian terhadap isu sosioagama.Pada penghujung abad ke-19, perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelektual yang memulakan gerakan nasionalisme yang lebih tersusun.Mereka menubuhkan pertubuhan politik untuk menyuarakan pandangan.Pada awal abad ke-20, muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal.Selain itu,terdapat Nasionalisme di China.Nasionalisme di China bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada acaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.Nasionalisme di China bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu yang dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat.Tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China ialah Dr. Sun Yat Sen.Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat sebagai ideaologi perjuangan iaitu nasiolisme, demokrasi dan kebajikan social.Seterusnya, terdapat Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir.Nasionalisme empayar ini lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agaman Islan yang diancam oleh imperialism Barat pada abad ke-19.Kesedaran tersebut mencetuskab gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.Gerakan Pan-Islamisme bermula pada tahun 1883, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan yang diberikan nama al-Urwah al-Wuthqa.Kumpulan ini ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan.Pertubuhan ini menerbitkan akhbar untuk menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menghalang perluasan kuasa Barat.Pada tahun 1914,empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru semua umat Islam yang ditindas bangkit berjuang bersama sama.Gerakan Islah pula merujuk gerakan pemulihan islam.Gerakan ini telah dipelopori oleh Sayyid Jamal dan Sheikh Muhammad Abduh.Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan antara Eropah-Amerika dengan kebudayaa tempatan yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan tempatan.Dengan itu,gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar.Di samping itu, terdapat nasionalisme di Jepun.Nasionalisme di Jepun pula digerakkan oleh pemerintahan Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat.Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintahan samara era Pemulihan Meiji.Pemulihan meliputi gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umni daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina, Burma, Vietnam dan Indonesia.Gerakan nasionalisme di Thailand bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran kea rah mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme.Nasionalisme di Filipina muncul untuk menghapuskan penjajahan asing.Nasionalisme peringkat awal berbentuk Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal.Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol yang mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol. Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina.Namun begitu, pengisytiharaan kemerdekaan Filipina tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat,sebaliknya Filipina diletakkan di bawah penguasaan Amerika Syarikat.Golongan nasionalis ini mengubah strategi perjuangan dengan menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana.Gerakan menuntun kemerdekaan ini diteruskan oleh golongan nasionalis sehinggan Perang Dunia Kedua.Nasionalisme di Burma pula ialah manifesti perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha ,Thakin dan golongan petani menentang imperialisme British.Nasionalisme digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat.Perkembangan nasionalisme berikutnya dipengaruhi oleh pengenalan Perlembagaan Burma yang memisahkan Burma dengan India.Perlembagaan tersebut meransang perjuangan ke arah kerajaan sendiri.Seterusnya, Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis.Gerakan nasionalisme Vietnam dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai dalam golongan Mandarin.Perjuangan VNQDD (Viet Nam Quoc Dang Dang) berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosiolisme.Nasionalisme di Indonesia pula pada awalnya berkisarkan isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajahan Belanda.Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahitkan ikrar “Sumpah Pemuda” yang menjadi tonggak nasionalisme.Nasinalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara lain yang bersifat anti penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan.
PERANG DUNIA PERTAMA DAN KEDUA
Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara di Eropah termasuk empayar Uthmaniyah.Antara factor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama termasuklah persaingan kuasa imperialis,pembentukan pakatan ketenteraan dan konflik di rantau Balkan.Persaingan Kuasa Imperialis iaitu Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan berlaku persaingan dalam kalangan kuasa imperialis di Eropah.Mereka bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah.Persaingan tersebut membawa permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah.Seterusnya ialah pakatan ketenteraan.Permusuhan antara kuasa Eropah membawa pembentukan pakatan ketenteraan seperti pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.Kewujudan pakatan ketenteraan menyebabkan ketidakstabilan politik berterusan di Eropah.Krisi Rantau Balkan pula berlaku akibat permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia.Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb supaya berjuang membebaskan diri daripada pemerintahan Austria-Hungary.Kemuncak krisis Balkan ialah penubuhan Arcduke Ferdinand, Putera Mahkota Autria-Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia.Peristiwa tersebut menjadi sebab Eropah terjerumus dalam kancah Perang Dunia Pertama.
Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu di Eropah dan Asia Pasifik Faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah akibat kemunculan ideologi baharu,ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailes dan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa.Bagi mengatasi masalah yang wujud akibat kemelesetan ekonomi, penduduk Itali dan Jerman mengadakan gerakan politik radikal.Gerakan itu ialah fasisme dan nazisme.Gerakan fatisme di bawah pimpinan Benito Mussolini dan parti Fasis Berjaya menguasai kerajaan Itali pada tahun 1922.Fasisme memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu.Gerakan nazisme di bawah pimpinan Adolf Hitker dan parti Nazi Berjaya membentuk kerajaan di Jerman.Selain itu,ketidakpuasan hati terhadap penjanjian Versailles.Jerman sebagai negara yang kalas dalam perang dunia pertama menganggao Perjanjian Versailles tidak adil dan menjejaskan kedaulatan negaranya.Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa juga merupakan factor.Liga Bangsa-Bangsa berperanan untuk memastikan kemanan dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa.Namun begitu, kegagalan menyebabkan dunia terdedah kepada konflik berterusan dan mengakibatkan tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Comments
Post a Comment